Jumaat, 27 Mac 2009

Perkhemahan Bina Insan Guru

Pada 10hb Februari 2009 lalu, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam Selangor (KAMPIS) telah mengadakan Program Perkhemahan Bina Insan Guru (B.I.G) yang bertempat di Teluk Kemang, Port Dickson.
Dengan mengabungkan kedua-dua kelas Pendidikan Jasmani iaitu kelas 1.08 dan 1.09 telah menjadikan program ini begitu harmoni, berseri dan mantap. Selain itu gabungan diantara opsyen P.J dan opsyen Pendidikan Agama Islam menerusi Program BIG ini juga dengan kata lain telah melengkapi pengisian program menerusi elemen kerohanian dan perkongsian pendapat selain dapat mengeratkan lagi tali silaturahim diantara peserta guru-guru pelatih KPLI 2009 KAMPIS. Menerusi Program BIG ini juga telah banyak membantu para peserta mengenali diri mereka sebagai warga pendidik dan pembentuk generasi masa akan datang.
Kursus yang diadakan selama 4 hari ini padat dengan acara-acara menarik seperti mengembara (Jungle Tracking) dan berkayak selain daripada aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan semangat ukhwah diantara peserta. sekali lagi, diucapkan tahniah dan syabas kepada para peserta dan barisan mentor yang telah menjayakan program ini dan menjadikan aktiviti-aktiviti dalam perkhemahan ini masih segar untuk diingati.
by : ed.

2 ulasan:

  1. Gambar aku pon ada dlm tue!!!!

    BalasPadam