Rabu, 15 April 2009

Bola Tampar KPLI 1.09 (Kok Se Kok De).


Pada 11hb April yang lalu, IPGM Kampus Perguruan Islam telah mengadakan Kejohanan Bola Tampar Tertutup. Team Kok Se Kok De, tidak mahu menunjukkan potensi permainan yang sebenar. Lalu mereka telah memberikan pelung kepada pasukan lain untuk menang dengan mudah. Dengan kata lain, pasukan ini telah kalah teruk diperingkat awal lagi iaitu kalah semasa melakukan aktiviti memanaskan badan. Dengan keputusan 31-2 dan 31-1/2 (sal ke6-6 peserta ngorat awek kat pagar semasa game berlangsung). Tapi ini lah semangat juang kesukanan yang kita perlukan selama ini... Berikan tepukan kepada penyokong2 mereka yg setia dan tidak mendapat wang suapan seperti pasukan yang mereka sokong... selepas kejohanan mereka lepak di kedai soho (kedai makan sambil membahagi2kan wang suapan dari pihak lawan). Menurut ketua pasukan Zaki (2 dari kiri), "kemenangan bukanlah segala-galanya buat kami, tapi kemenangan bermakna buat mereka budak PPSIMP yang belum pernah menang. Usaha tangga kejayaan... dik". ada peluang kita jumpa lagi... tapi sedia wang berlebih-lebih sikit.
  • p/s dari editor.... bagi2 nilai suapan kat penulis klu tak kitaorg report BPR (Bumi Putra Rockers)
  • by : ed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan