Jumaat, 17 April 2009

HAKIM JEMPUTAN IPIS


HAKIM JEMPUTAN SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA TERTUTUP [KOT]
IPGM-KAMPIS 2009


kejohanan olahraga tertutup [KOT] kampis akan berlangsung pada 28 - 29 april 2009. sehubungan dengan itu, pihak institut telah menjemput hakim daripada syarikat persendirian penganjuran fesyen (nama syarikat dirahsiakan atas hal keselamatan dalam negeri) untuk terlibat memeriahkan lagi penganjuran yang akan berlangsung tidak lama lagi.

beliau akan menghakimi beberapa acara pada masa kejohanan tersebut. antaranya ialah :
1. lontar lembing
2. merejam peluru berpandu
3. lari lompat bergala
4. lompat bersama pagar
5. larian 800m, 1500m dan 3000m berpasangan
sambil berbual hal2 dunia
6. cabutan tiket bertuah penonton luar pagar ipis
7. acara parking kereta dan motosikal dengan sopan
tanpa di rantai
8. pengumpat terbanyak dan terbaik [mengkut
syarat2 borang yang telah diedarkan]
9. perbarisan paling panjang dengan 15 peserta
sahaja [baris terpendek adalah 50m]
10. peniup rekoder yang hebat tanpa
mengira masa dan tempat untuk meniup.

sebenarnya banyak lagi yang beliau akan hakimi. tapi yang pastinya, beliau akan pulang sejurus sahaja sampai ke tapak kejohanan kerana susah untuk beliau mendapatkan bas dari ipis ke kajang. terpaksa menelefon teksi jika nak keluar. itulah rungutan beliau pada saat2 akhir sebelum penulis hendak balik ke pejabat... kata2 lain beliau smskan terus ke publik phone pejabat penulis.

akhir kata, kepada semua ajk yang terlibat untuk menjayakan kejohanan ini, jgn risau... semuanya pasti ok. bak kata pepatah, gunung tak lari kemana, biawak mati dipijak lori... sungguh dalam maksud pepatah ini ya...

majulah sukan untuk markah gerko.

[artikel ini tiada kena mengena dengan yang hidup, ini kan pula orang yang dah mati. tujuannya adalah hanya untuk merehatkan minda setelah mengharungi kerja asimen minggu ini]

by : lion


Tiada ulasan:

Catat Ulasan