Ahad, 2 Ogos 2009

Kerja Amal


Ampang, Kuala Lumpur- Berikutan penularan wabak selesema babi yang kian membabi buta menyebarkan virusnya, seorang guru pelatih telah secara tiba-tiba menganjurkan projek amal yang dianjurkan secara drastik. Guru pelatih tersebut telah mengadakan sesi kemas mengemas bilik stor yang hampir 30 dekad tidak digunakan.


Menurut beberapa sumber yang dipercayai, tindakan guru pelatih untuk melaksanakan kerja amal tersebut adalah untuk cuba menggertak virus-virus babi agar segan silu untuk datang berkunjung di kawasan sekolah terbabit.


Tindakan ini juga membuatkan guru-guru di sekolah tersebut sayu dan sedih berikutan terharu yang amat terhadap keprihatinan guru pelatih tersebut.


Di atas faktor keselamatan dalam sekolah dan dalam rumah sewanya, identiti guru pelatih tersebut masih dirahsiakan kerana dikhuatiri nama guru pelatih tersebut akan diundi di dalam program realiti televisyen pada masa kini.


-Bername-


Pakcik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan