Selasa, 31 Mac 2009

Ucapan Perasmian Guru Besar S.K Bak-Bak Zimbabwe

Selamat Pagi diucapkan kepada pembaca2 blog, kalau anda baca blog ini pada waktu pagi la. Kalau anda baca pada waktu malam saya ucapkan selamat malam la tak kan nak ucap selamat tengah hari pula kan? ehem.. ehem... bukan masanya untuk saya bermain...

Ok la, saya selaku guru besar ingin mengucapkan selamat datang kepada anda-anda semua kerana melawat laman blog ini. Saya selaku guru besar begitu teruja dengan adanya laman blog ini, kita dapat berinteraksi dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.

Syabas dan tahniah kepada guru-guru pelatih KPLI P.Jasmani 1.09 IPG KAMPIS 2009 kerana bertungkus lumus dalam penghasilan ruangan yang murni ini. Dengan ini kita boleh la berkongsi-kongsi maklumat agar kita senang dan mampu memikul hasrat wawasan 2020. Saya selaku guru besar sekali lagi ingin berpantun.


  • Pulau Hokkaido jauh ketengah
  • Gunung Fuji bercabang tiga
  • Hancur Raksaser di'fire' Ultraman
  • Ultraman yg baik dikenang jua
  • Dua tiga Raksaser berlari
  • Maner nak samer Raksaser Kero
  • Dua tiga Ultraman boleh kucari
  • Maner nak samer Ultraman Taro
  • Kalau roboh Kota Narita
  • Papan di Tokyo Ultraman dirikan
  • Kalau sungguh itu keje Raksaser
  • Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan
  • Kajang Pak Malau kajang berlipat
  • Kajang hamba mengkuang layu
  • Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
  • Ultraman Taro datang membantu
  • Buai laju-laju
  • Sampai Pokok Sena
  • Apa dalam baju?
  • Ader lampu nyaler
  • Mengata dulang paku serpih
  • Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih
  • Sudah geharu cendana pula
  • Sudah kalah di'fire' pula
  • Orang berbudi kiter berbahaser
  • 'Fire' diberi pada raksaser.

Dengan ini saya merasmikan laman blog ini dengan seadenye... Sekian terima kasih.

by : Guru Besar Sekolah Memandu.