Ahad, 5 April 2009

Nota intro (copy dari blog kelas 1.08)

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan mata pelajaran teras dalam kurikulum Pendidikan Guru. Penekanan kurikulum Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah lebih kepada menyediakan guru pelatih dengan kemahiran mengajar asas permainan, pendidikan pergerakan, dan seterusnya memperkembangkan potensi mereka ke arah insan guru yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dilaksanakan dalam bentuk amali dan teori. Oleh yang demikian proses ini dilaksanakan dalam bilik kuliah, di luar bilik kuliah dan juga di luar maktab. Jabatan ini juga memberi peluang kepada pelajar mengikuti proses pembelajaran melalui pengalaman dengan memberikan pendedahan kepada mereka untuk merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti. Jabatan ini juga memberikan kursus-kursus pendek dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta sukan dan permainan kepada guru-guru terlatih
Jabatan ini terbahagi kepada tiga unit yang teridiri dari Unit Pendidikan Jasmani, Unit Pendidikan Kesihatan dan Unit Sukan dan Rekreasi. Selain daripada itu jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti sukan di peringkat institut dan Bahagian Pendidikan Guru.
OBJEKTIF
Menyediakan guru pelatih yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani.
Melahirkan pendidik yang cekap menggunakan pelbagai strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Menyalurkan segala pengetahuan dan kemahiran dalam Kompetensi Kecerdasan Emosi untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.
Melahir dan memperkembangkan potensi pelajar dalam bidang sukan dan permainan.
Meningkatkan kecekapan profesionalisme kakitangan akademik.
Melaksanakan penyelidikan akademik untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kakitangan akademik dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.


Kursus Kepegawaian KOAM

Tips menjawab soalan exam....
cari sendiri....
siapa suruh pigi warta...