Janganlah engkau bersedih wahai kawanku. Ikhlaskanlah segala cubaan yang menimpa. Kerana Allah SWT mempunyai cara tersendiri untuk membahagiakan hamba-hambaNya.
Kepada rakan-rakan yang mengikuti kursus KPLI tahun 2009 dalam opsyen P.J dari seluruh Malaysia adalah dialu-alukan menjadi ahli dalam blog ni.
Blog ini disediakan bagi memudahkan kita bertukar-tukar pendapat bukan sahaja untuk mengeratkan silaturrahim malah ianya juga boleh memudahkan perkongsian maklumat diantara kita. Kekreatifan anda (boleh ke guna istilah ni..... lantak la) menyerikan lagi blog ini akan banyak membantu blog ini tidak seperti blog-blog biasa yang membosankan. Tetapi pengisian seharusnya tidak disalahgunakan. Seperti mana yang kita tahu, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ini merupakan kursus jangka pendek. Dipendekkan cerita juga, tugasan yang diberikan juga bukan sahaja pendek tempoh masa (duedate) untuk disiapkan malah ianya juga banyak (p.j la, psv la, B.M la dll la).
Bagi menjadi guru yang cemerlang, kita sebaik-baiknya bersependapat dan berkerjasama antara satu sama lain. Diharap blog ini menjadi saluran maklumat dan bahan untuk kita menyiapkan tugasan yang diberi dan bertaraf ISO. Dengan kata lain, misi kita untuk memimpin generasi kita pada masa akan datang terlaksana dengan jayanya.
Sebagai bakal guru, kita guru-guru pelatih KPLI opsyen Pendidikan Jasmani perlu bersaing seiring dengan guru-guru opsyen lain dengan menjadikan blog ini sebagai ruang kita berinteraksi antara satu sama lain. Kita perlu jadi golongan yang hebat di padang dan mempunyai akauntibiliti di kelas.
Bagi mewakili pihak blogger, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana anda telah singgah sebentar menjenguk ruangan ini. Segala kemusykilan mengenai blog ini boleh la merujuk kepada email berikut ; pjasmani109@gmail.com . insyallah pihak blogger akan dapat membantu.