Khamis, 6 Ogos 2009

bulan kecergasan
ngajor sinior2 buat senaman

kawad kaki
sk bandar

Rabu, 5 Ogos 2009

lakaran mural kami luntuk dek hujan...


perabot ni skg sudah ada d rumah sewa kami... 2 lagi ada dbelakang kamera... sebagai pertukaran... kitaorang buat la mural tuk sekolah seperti yang ada di bawah ini...



tapi sayang... luntur dek hujan... cuba teka muka sepa ka itu...


ini la lakaran mural yang kitaorg hasilkan... kita korek dari pic2 yang ada kat buku teks... dasar pemalas... mungkin dalam minggu ni kitaorg warna la...

by : budak2 s.k seri cheding...



Pendidikan Jasmani 1.09

.: Minggu Kecergasan :.

Salam....

Minggu Kecergasan SKKM 2009.

"Fizikal Yang Cergas Melahirkan Minda Yang Cerdas"


- Tukar profession... dari tukang masak jadi juruletih silat plak...-



- Lepas Nie nyanyi, hujan turun selebat-lebatnya 7 hari 2 malam tak henti2...-


- Gaya kupu-kupu terbang... Yah!!! -



- Jadi instructor untuk aktiviti senamrobik. Belasah jer... -

warm regards,

Mr Bro RJ

.: Cricket Fun In Class :.

Salam...

Panitia PJK SKKM telah mengadakan kursus kriket untuk semua guru-guru PJK sekolah dan juga ahli kelab kriket sekolah. Kursus ini sangat berguna utk semua guru PJK yg mana sedikit sebanyak dapat mengambil peluang ini utk belajar drill-drill yang berkaitan dalam subjek PJ. Jurulatih yg memberi tunjuk ajar pula merupakan seorang guru yg berpengalaman (pengerusi kriket selangor klu tak silap aku ler...) dan sudah beberapa kali keluar negara dalam mengiringi pasukan kriket negara untuk pertandingan peringkat antarabangsa.



- guru-guru PJ tgh mendengar penjelasan dari juruletih... -


- gaya Nie membuang angin... eh, salah... memukul angin -

- gaya Gaban bertukar menjadi guru PJ -

warm regards,

Mr Bro RJ

Selasa, 4 Ogos 2009

.: Hobi Baru Semasa Praktikum :.


Salam sumer...

ada kawan kita nie dah mula berkecimpung dalam dunia masak-memasak... setelah bertungkus-lumus selama sehari berada dipadang, pada sebelah petang nya pula (atau pada waktu lapang), beliau akan memakai apron utk mula memasak...beliau masih lg mencari resipi2 mantap, ketat, padat dan sendat utk dimasak.. klu kengkawan ada resipi yg jarang2 ada didunia ini, boleh ler email kn kepada beliau... k guys?


- sedang bertungkus lumus menyiapkan dapur -

warm regards,

Mr Bro RJ.

.: Projek Gotong Royong SKKM :.


- cat tiang -


- tengah mengacau cat -

Salam sumer..

pada hari sabtu lepas, 1 Ogos 2009 tepat jam 9AM bertempat di SKKM, Banting, pihak PIBG sekolah telah mengadakan program gotong-royong besar-besaran nak mampus dan semua guru-guru sekolah tersebut telah dikerah utk turun padang (lebih2 lagu budak2 praktikal....). mcm2 yg kena dibuat, mengecat tiang2 yg ada, buat 'border' jalan, membuang barang2 yg telah dikenalpasti keuzurannya dan membersihkan kawasan sekitar sekolah. semua ini adalah gara-gara SKKM telah dicalonkan untuk pertandingan Sekolah 3K.

*tak sempat nk amik gmbr lain lg sbb tangan penuh cat... huhu...

warm regards,

Mr Bro RJ.

Isnin, 3 Ogos 2009

Contoh Guru Yang Cemerlang


Ewah-ewah.... gelek lagi ya ya gitu gitu.... aaaaaaaaahhh..... beginila ragam murid2 apabila menjalani program senamrobik....

Kamurang jangan jeles sebab ada Datuk Siti Nurhaliza di belakang kami tengah ikut senamrobik.... Uiskkk... jangan fokus sangat mo tengok blakang kami.... anggap je sapa tak nampak... huhu faham2 ler.....

p/s kepada mana2 guru pelatih yang memerlukan khidmat nasihat dan urutan badan buleh hubungi pakcik ekkkk..... jangan le memalu.... pasal pakcik tau kamu muka tak malu....


PakCik-

ni projek mural kami...
kumpulan pegawai2 yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti sukan taska n tadika swasta peringkat kuala langat. sekolah swsta ini mempunyai 80 sekolah yang terlibat tetapi penglibatan rasmi untuk karnival sukan ini adalah sebanyak 14 penyertaan sahaja. difahamkan bahawa karnival ni adalah yang pertama dianjurkan di kuala langat. karnival dilangsungkan di stadium jugra dan dirasmikan oleh org kenamaan kuala langat dan PPD kuala langat. pegawai2 ini telah memberikan impak yang sangat besar dalam karnival ini kerana tanpa pegawai2 ini, karnival ini tidak dapat dijalankan dengan jayanya (kmi siap gaduh dengan guru2 sek sbb dorg masing2 nak sek dorg menang). pelbagai bangsa, kaum, n warna telah datang memeriahkan majlis ini dan dianggarkan 5000 penonton walaupun kapasiti stadium ini cuma memuatkan 3000 penonton.. mereka terpaksa bergilir2 masuk ke stadium untuk menyaksikan karnival sukan yang julung2 kalinya di anjurkan ini............sekian... majulah sukan untuk sukan, tak kan majulah sukan untuk bidang kosmetik plak.... bengong.... pas ni ada lah komen dari korg2 yang dengki tu... huhuhu... wait n c.... terutama c liau

by: lion

tunjuk sampel mural ... dapat perabot tuk rumah sewa

kitaorg tunjuk sampel ni kat GB... nak lukis kat area bawah ni...
balik sekolah : kita dapat 4 meja n 4 kerusi yg dipinjamkan... so malam2 kitaorg tak meniarap nak buat RPH huhu... tp mural mst siap juga dlm mgu ni... mampos (budak2 S.K Seri Cheding, Banting)


Ahad, 2 Ogos 2009

Stor kami...

Saja lepak d stor P.J... sebelum dan sesudah dikemaskan. (Gambar : Ahmad Shah bukan nama sebenar) (betul itu bukan nama sebenar , nama beliau terpaksa dirahsiakan atas dasar suka sama suka)

Kerja Amal


Ampang, Kuala Lumpur- Berikutan penularan wabak selesema babi yang kian membabi buta menyebarkan virusnya, seorang guru pelatih telah secara tiba-tiba menganjurkan projek amal yang dianjurkan secara drastik. Guru pelatih tersebut telah mengadakan sesi kemas mengemas bilik stor yang hampir 30 dekad tidak digunakan.


Menurut beberapa sumber yang dipercayai, tindakan guru pelatih untuk melaksanakan kerja amal tersebut adalah untuk cuba menggertak virus-virus babi agar segan silu untuk datang berkunjung di kawasan sekolah terbabit.


Tindakan ini juga membuatkan guru-guru di sekolah tersebut sayu dan sedih berikutan terharu yang amat terhadap keprihatinan guru pelatih tersebut.


Di atas faktor keselamatan dalam sekolah dan dalam rumah sewanya, identiti guru pelatih tersebut masih dirahsiakan kerana dikhuatiri nama guru pelatih tersebut akan diundi di dalam program realiti televisyen pada masa kini.


-Bername-


Pakcik