Jumaat, 3 Disember 2010

Hidup ini ...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Sabtu, 6 November 2010

7 Keajaiban Dalam Surah Al Fatihah






Al Fatihah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatihah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan. Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatihah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatihah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatihah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam solat, anggota-anggota sujud itu merupakan 7 anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatihah ada 7 ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang 7 atau Syurga yang 7. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatihah. Kalau Al Fatihah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari 7 peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari 7 peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada 7 lapis langit dan 7 lapis bumi. Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu. Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran: Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat. Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu: i. Nafsu ammarah ii. Nafsu lawwamah iii. Nafsu mulhamah iv. Nafsu mutmainnah v. Nafsu radhiah vi. Nafsu mardhiah vii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.


Sabtu, 30 Oktober 2010

Takdir : Allah Maha Kaya

Lari dari satu takdir kepada takdir yang lain

Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Penyakit taun itu adalah satu tanda atau azab yang dikirimkan kepada Bani Israel atau kepada kaum yang sebelum kamu, maka apabila kamu mendengar khabarnya janganlah datang ke tempat itu dan jika taun itu berjangkit di mana kamu berada, maka janganlah kamu lari daripadanya.

Hadis Abdullah bin Abbas r.a: Sesungguhnya Umar bin Al-Khattab pergi ke Syam. Apabila sampai ke sebuah dusun yang bernama Sarghi, beliau telah dikunjungi oleh penduduk di sekitarnya, iaitu Abu Ubaidah bin Al-Jarrah dan para pengikutnya. Mereka mengkhabarkan bahawa wabak (penyakit taun) telah berjangkit di Syam. Ibnu Abbas berkata setelah mendengar berita itu, Umar berkata: Cuba panggilkan para sahabat Muhajirin yang pertama. Aku melaksanakan perintah Umar. Umar mengajak mereka berbincang dan memberitahu kepada mereka bahawa wabak telah berjangkit di Syam. Mereka telah berbeza-beza pendapat mengenai berita tersebut. Sebahagian di antara mereka berkata: Engkau pergi untuk suatu urusan yang besar, jadi kami tidak sependapat sekiranya engkau pulang. Sebahagian yang lain pula berkata: Engkau diikuti oleh orang ramai dan para sahabat Rasulullah s.a.w, jadi kami tidak bersetuju apabila engkau membawa mereka menuju ke wabak ini. Umar berkata: Tinggalkanlah aku! Kemudian beliau berkata lagi: Tolong panggilkan para sahabat Ansar. Aku pun memanggil mereka. Ketika mereka diminta berbincang, mereka telah berbeza-beza pendapat sebagaimana para sahabat Muhajirin. Umar berkata: Tinggalkanlah aku! Lalu beliau berkata lagi: Tolong panggilkan para pembesar Quraisy yang berhijrah sewaktu penaklukan dan sekarang mereka berada di sana. Aku memanggil mereka dan ternyata mereka telah sepakat kemudian berkata: Menurut kami, sebaik-baiknya engkau bawa sahaja mereka pulang dan tidak mengajak mereka memasuki kawasan wabak ini.

Lalu Umar menyeru di tengah-tengah orang ramai: Aku akan memandu tungganganku untuk pulang, pulanglah bersamaku. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah bertanya: Apakah itu bererti lari dari takdir Allah? Umar menjawab: Harapnya bukan engkau yang bertanya wahai Abu Ubaidah! Memang Umar tidak suka berselisih pendapat dengan Abu Ubaidah. Ya, kita lari dari ketentuan (takdir) Allah untuk menuju kepada takdir Allah yang lain. Apakah pendapatmu seandainya engkau mempunyai seekor unta yang turun di suatu lembah yang mempunyai dua keadaan, satunya subur dan satu lagi tandus. Adakah jika engkau mengembalanya pada tempat yang subur itu bukan bererti engkau mengembalanya kerana takdir Allah? Begitu pula sebaliknya, bukankah engkau mengembalanya kerana takdir Allah juga?

Lalu datanglah Abdul Rahman bin Auf yang baru saja tiba dari suatu keperluan. Beliau berkata: Sesungguhnya aku mempunyai pengetahuan mengenai masalah ini. Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya. Mendengar kata-kata itu Umar bin Al-Khattab memuji Allah, kemudian beredar meninggalkan tempat itu.
  1. Allah SWT mempunyai cara tersendiri untuk membahagiakan hamba-hambaNya.
  2. Allah SWT tidak akan menguji diluar kemampuan hamba-hambaNya.
  3. Allah SWT Maha Kaya : Takdir tidak disediakan cuma 1 atau dalam satu garis lurus. Wujud kelbagaian dalam pemilihan takdir.

Ahad, 24 Oktober 2010

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah
WAHAI manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama ; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.

Mendoakan kerahmatan Roh Penjaga Masjid

Setiap kali Rasulullah SAW pergi ke Masjid Nabawi, baginda akan terlihat seorang lelaki berkulit hitam yang tidak tampan sedang membersihkan kawasan masjid di samping menjaga masjid setiap masa.

Walau bagaimanapun kehadiran lelaki berkulit hitam itu tidak diambil peduli oleh mereka yang datang ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat. Para jemaah seolah-olah tidak menghiraukan tugas murni lelaki yang hitam itu ditambah pula keadaannya yang daif.

Sudah menjadi kebiasaan, apabila orang yang tidak dikenali atau daif memberikan bantuan atau sumbangan, jasa mereka tidak diambil peduli oleh orang ramai. Malah kehadiran mereka seolah­olah tidak dipandang oleh orang ramai.

Tetapi berlainan halnya jika sumbangan atau bantuan itu datangnya daripada orang ternama dan berkedudukan, walaupun jasanya sedikit tetapi akan menjadi bualan orang ramai. Seperti biasa juga, lelaki berkulit hitam itu melaksanakan tugasnya membersihkan kawasan masjid disamping menjaganya pada waktu malam. Dia melakukannya dengan rela hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Walaupun lelaki Afrika ini tidal diambil peduli oleh orang ramai tetapi dia tetap setia menjalankan tugasnya menjaga dan membersihkan Masjid Nabawi. Dia akan menjaga kebersihan dan kesucian masjid ini supaya para jemaah yang datang ke masjid berasa selesa.

Berlainan dengan Rasulullah SAW yang sentiasa perasan dengan apa yang dilakukan oleh lelaki Afrika ini. Pada satu ketika, oleh kerana sudah beberapa hari, Rasulullah SAW tidak melihat lelaki berkulit hitam ini di perkarangan masjid. Rasulullah SAW telah bertanya kepada para sahabat.

"Hai sahabat, apakah kamu tidak perasan ke manakah perginya lelaki berkulit hitam yang selalu membersihkan kawasan masjid dan menjaganya pada waktu malam? Sudah beberapa hari ini, saya tidak melihatnya? Adakah sesiapa yang tahu ke mana dia pergi?" Tanya Rasulullah SAW sambil memerhatikan sekitar kawasan masjid yang seolah-olah tidak diurus dengan baik.

"Ya Rasulullah. Lelaki yang Rasulullah maksudkan itu sebenarnya telah meninggal dunia beberapa hari lalu," jawab salah seorang sahabat yang mengetahui perkara itu.

Serta merta wajah Rasulullah SAW berubah. Baginda terkejut kerana tidak diberitahu mengenai kematian lelaki berkulit hitam itu.

"Mengapa kamu tidak memberitahu kematian lelaki itu kepadaku?" Tanya Rasulullah SAW kepada sahabat yang memberitahu tadi.

Para sahabat Rasulullah SAW terdiam kerana tidak menyangka lelaki berkulit hitam dan jarang dipedulikan orang itu sebenarnya mendapat perhatian daripada Rasulullah SAW setiap kali baginda ke masjid.

"Sebenarnya kami tidak menyangka kehadirannya di masjid ini mendapat perhatian Rasulullah dan kami yakin Rasulullah tidak perasan kehadiran lelaki berkulit hitam itu," jawab sahabat Rasulullah SAW itu.

"Mungkin kerana kulitnya yang hitam, mukanya yang hodoh dan kerjanya hanya membersihkan kawasan masjid menyebabkan kamu semuanya tidak menghiraukan kehadirannya?"

Para sahabat Rasulullah SAW yang berasa di situ diam semuanya. Mereka tidak menyangka Rasulullah SAW begitu prihatin sekali kepada mereka yang peranannya kecil tetapi sumbangannya amat besar.

Rasulullah SAW kemudian bertanya lagi, "Kalau begitu, kamu tunjukkan di manakah kubur lelaki itu. Aku ingin sekali menziarahinya."

Para sahabat kemudian membawa Rasulullah SAW menziarahi kubur lelaki yang letaknya tidak jauh dari situ. Sebaik sahaja Rasulullah SAW sampai di kubur lelaki yang masih baru itu, Rasulullah SAW terus berdoa.

"Ya Allah, ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat dan keampunan terhadap semua ahli kubur termasuk roh lelaki yang selama ini menjaga kebersihan Masjid Nabawi." Doa Rasulullah SAW kemudian diaminkan oleh para sahabatnya.

Selepas berdoa dan sebelum Rasulullah SAW beredar dari tanah perkuburan itu, Rasulullah SAW telah berpaling kepada para sahabatnya dan berkata, "Selama ini semua penghuni kubur di sini berasa dalam kegelapan. Alhamdulillah sekarang Allah telah memperkenan permohonanku. Allah telah menerangkan semua kubur ini termasuklah kubur lelaki berkulit hitam ini."

Pada malam hari semua kubur di situ didapati bercahaya kerana mendapat rahmat dan keampunan Allah dengan bantuan doa daripada Rasulullah SAW. Peristiwa itu secara tidak langsung memberikan peringatan kepada para sahabat supaya sentiasa menghargai setiap sumbangan kebaikan walaupun sumbangan itu kecil kerana pada hakikatnya sumbangan itu sangat besar di sisi Allah.

"Kamu harus ingat, sesungguhnya Allah menilai sumbangan seseorang bukan berpandukan besar atau kecil, banyak atau sedikit tetapi berpandukan keikhlasan hati mereka yang melakukannya," Rasulullah SAW mengingatkan para sahabatnya.
sumber : Muhd Nasruddin Dasuki, 2010, Aku Sanggup Duhai Muhammad..., Karangkraf hlm 13

Memuliakan Anak Perempuan

PADA satu ketika Rasulullah SAW tiada di rumah, seorang perempuan miskin dengan dua orang anaknya hendak bertemu Rasulullah SAW. Oleh kerana Rasulullah SAW tidak ada, perempuan miskin itu bertemu dengan Aisyah RA, isteri Rasulullah SAW.

Oleh kerana kasihan melihatkan perempuan itu dengan dua anak perempuannya, Aisyah RA telah memberikan tiga biji kurma. Kurma itu kemudian diberikan kepada anak-anaknya manakala sedikit untuk dirinya. Kedua-dua anaknya makan kurma itu dengan berselera sekali. Selesai anak-anaknya makan, giliran perempuan itu pula untuk makan sisa kurma untuknya.

Tiba-tiba anaknya itu berkata, "Ibu, jangan makan kurma itu, kami masih lapar."
Melihatkan anak-anak masih perlukan kurma itu, perempuan itu terus memberikan kurma itu untuk dihabiskan. Setelah kenyang perempuan miskin dengan dua anak itu beredar dari situ. Tidak lama kemudian Rasulullah SAW pulang ke rumah. Setelah berehat, Aisyah RA menceritakan peristiwa tadi kepada Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW kemudian berkata, "Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan dan mereka sabar dalam mendidiknya sama ada dalam keadaan susah atau senang, dia akan dimasukkan Allah ke dalam syurga kerana rahmat Allah terhadap anak-anak itu."

Dalam satu peristiwa lain yang ada hubung kait dengan perkara itu, seorang lelaki bertanya, "Bagaimana jika ada dua anak perempuan ya Rasulullah?"

"Walaupun mempunyai dua anak perempuan, ibu itu juga akan dimasukkan ke dalam syurga," jawab Rasulullah SAW.

Kemudian lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana jika hanya ada satu anak perempuan?"
"Walaupun seorang, ibu itu juga akan dimasukkan ke syurga."

Sehubungan itu, Rasulullah SAW menasihati, "Barangsiapa yang mengeluarkan belanja untuk dua anak perempuan dan memiliki saudara perempuan atau kerabat perempuan atau kaum kerabat perempuan yang patut disediakan belanja untuk keduanya, sehingga keduanya diberi Allah kecukupan atau kemampuan, mereka akan menjadi pendinding (pelindung) dari api neraka."
sumber : Muhd Nasruddin Dasuki, 2010, Aku Sanggup Duhai Muhammad, Karangkraf, hlm 101.

Zikir selepas Solat ...

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang bertasbih (membaca Subhanallah) pada setiap selesai solat 33 kali, tahmid (membaca Alhamdulillah) 33 kali, dan takbir (membaca Allahu Akbar) 33 kali, dan semuanya berjumlah 99.” Nabi bersabda: “Disempurnakan menjadi 100 dengan membaca Laa Ilaaha Illallah Wahdahu Laa Syariikalah Lahul Mulku wa lahul Hamdu wa Huwa ‘Ala Kulli Syai’in Qadir, maka akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Muslim)

Sabtu, 23 Oktober 2010

Khaira Ummatin

Umat Islam merupakan umat 'super'. Allah menggelar mereka sebagai khaira ummatin yang membawa maksud 'sebaik-baik umat' Dalam surah Ali Imran ayat 110 Allah menyatakan yang bermaksud, "Kamu adalah umat yang terbaik (khaira ummatin) yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah."

Semasa mentafsirkan ayat ini, di dalam al-Jamik li Ahkamil Quran Imam Qartubi menukilkan pandangan Imam Mujahid yang berkata, "(Kamulah umat yang terbaik) berdasarkan syarat-syarat yang terdapat dalam ayat ini" Maksudnya, kita adalah umat super sekiranya kita melaksanakan agenda-agenda yang terdapat dalam ayat ini, iaitu mengajak kepada makruf, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.

Agenda-agenda ini hanya dapat dilaksanakan oleh mereka yang mempunyai nilai hidup yang betul. Nilai hidup yang betul perlu berasaskan hujah serta dalil yang mantap. Berasaskan ramuan-ramuan ini lahirlah satu umat yang mengenali serta menyukai kebaikan dan berperanan mengajak manusia ke arah itu. Mereka juga mengenali serta membenci kemungkaran dan berperanan mencegah manusia daripadanya. Pada masa yang sama cahaya keimanan bersinar di hati sanubari mereka. Merekalah sebaik-baik umat yang dijadikan Allah bagi manusia.
sumber : Dr. Danial Zainal Abidin, 2008, Minda Muslim Super, PTS Millenia, hlm 3.
Konteks untuk seorang Pemimpin.
- Pemimpin perlu menggunakan ilmu yang ada dan mengharmonikan ilmu dari pelbagai sumber bagi memelihara rakyatnya agar dapat memimpin kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan semua golongan wajib beriman kepada Allah SWT.
- Pemimpin perlu wujud dalam sesebuah masyarakat . Nabi Muhammad SAW – berdosalah keseluruhan penduduk di sesebuah daerah jika tiada seorang pun daripadanya tergolong dalam golongan berilmu. Sekiranya terdapat seorang sahaja yang mahir dan berilmu maka terlepaslah mereka yang lain daripada tuntutan itu.
- Nabi Muhammad SAW merupakan seorang pemimpin agung yang wajib dicontohi oleh sekalian umat. Baginda semasa hayatnya sebagai seorang pemimpin umat juga turut menimba ilmu contohnya dalam ilmu peperangan (menerima pendapat sahabat untuk berperang di luar Madinah dan mengambil ilmu peperangan dari Rom dengan membina parit semasa Perang Khandaq).
-
-Segala yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari diri sendiri, semoga pengisian ini dapat diperbetulkan dari masa ke semasa ...

Ahad, 17 Oktober 2010

Sifat-Sifat Nabi Muhammad SAW

Telah dikeluarkan oleh Ya'kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai pamanku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata: Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.
Kebiasaan Nabi
Kataku pula: Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya!Jawab pamanku: Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirshat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.Dalam riwayat lain, dikatakan bahwa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya. Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.Berkata Al-Hasan lagi: Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan pamanku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.) tentang cara keluar baginda dan masuk baginda, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW itu.
Rumah Nabi
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga pernah menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah SAW lalu dia menjawab: Masuknya ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan apabila baginda berada di dalam rumahnya dibagikan masanya tiga bagian. Satu bagian khusus untuk Allah ta'ala, satu bagian untuk isteri-isterinya, dan satu bagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian dijadikan bagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua orang yang awam maupun yang khusus, tiada seorang pun dibedakan dari yang lain.Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, baginda selalu memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama. Ada yang keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu, maka baginda akan duduk dengan mereka dan melayani semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan ummat secara umum, coba menunjuki mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang patut dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan mengingatkan pula: "Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa yang tidak hadir. Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa, nescaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat", tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja.Baginda tidak menerima dari bicara yang lain kecuali sesuatu untuk maslahat ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah, namun mereka tiada meninggalkan tempat melainkan dengan berisi. Dalam riwayat lain mereka tiada berpisah melainkan sesudah mengumpul banyak faedah, dan mereka keluar dari majelisnya sebagai orang yang ahli dalam hal-ihwal agamanya.
Luaran Nabi
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Kemudian saya bertanya tentang keadaannya di luar, dan apa yang dibuatnya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW ketika di luar, senantiasa mengunci lidahnya, kecuali jika memang ada kepentingan untuk ummatnya. Baginda selalu beramah-tamah kepada mereka, dan tidak kasar dalam bicaranya. Baginda senantiasa memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak. Kadang-kadang baginda mengingatkan orang ramai, tetapi baginda senantiasa menjaga hati mereka agar tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan akhlaknya yang mulia. Baginda selalu menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan selalu bertanyakan berita orang ramai dan apa yang ditanggunginya. Mana yang baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang buruk dicela dan dicegahkan.Baginda senantiasa bersikap pertengahan dalam segala perkara, tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka juga tidak suka lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga, tidak pernah meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran, orang-orang yang senantiasa mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat, yang paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban dan membantu dalam apa keadaan sekalipun.
Majlis Nabi
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu bertanya pula tentang majelis Nabi SAW dan bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahwa Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majelis, atau bangun daripadanya, melainkan baginda berzikir kepada Allah SWT baginda tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu. Apabila baginda sampai kepada sesuatu tempat, di situlah baginda duduk sehingga selesai majelis itu dan baginda menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di majelisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan lebih darinya. Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu masliahat, baginda terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali.Baginda tidak pemah menghampakan orang yang meminta daripadanya sesuatu keperluan, jika ada diberikan kepadanya, dan jika tidak ada dijawabnya dengan kata-kata yang tidak mengecewakan hatinya. Budipekertinya sangat baik, dan perilakunya sungguh bijak. Baginda dianggap semua orang seperti ayah, dan mereka dipandang di sisinya semuanya sama dalam hal kebenaran, tidak berat sebelah. Majelisnya semuanya ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pemah terdengar suara yang tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarangi, tidak disebut yang jijik dan buruk, semua orang sama kecuali dengan kelebihan taqwa, semuanya merendah diri, yang tua dihormati yang muda, dan yang muda dirahmati yang tua, yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu didahulukan.Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya pun lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah SAW pada orang-orang yang selalu duduk-duduk bersama-sama dengannya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW selalu periang orangnya, pekertinya mudah dilayan, seialu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis, tidak kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor, tidak banyak bergurau atau beromong kosong segera melupakan apa yang tiada disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang berikut. Baginda tidak suka mencela orang dan memburukkannya. Baginda tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala.
Apabila baginda berbicara, semua orang yang berada dalam majlisnya memperhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang tertengger di atas kepala mereka. Bila baginda berhenti berbicara, mereka baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam seribu basa. Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya. Baginda tertawa bila dilihatnya mereka tertawa, dan baginda merasa takjub bila mereka merasa takjub. Baginda selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga terkadang para sahabatnya merasa jengkel dan kurang senang, tetapi baginda tetap menyabarkan mereka dengan berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan mengherdiknya!". Baginda juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan kalau mereka mau memujinya pun, baginda tidak menggalakkan untuk berbuat begitu. Baginda tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara, lalu barulah baginda berbicara, atau baginda menjauh dari tempat itu.
Diamnya Nabi
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya? Jawabnya: Diam Rasulullah SAW bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, iaitu: Kerana adab sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu diantara manusia, dan kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan kesabaran. Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci. Dan terkumpul dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang lain. Baginda meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.

(Nukilan Thabarani - Majma'uz-Zawa'id 8:275)

Selasa, 12 Oktober 2010

Doa Rasulullah SAW buat umatnya ...

Menyembunyikan Kelaparan.

Selesai sahaja Rasulullah SAW mengimami solat Subuh berjemaah, sahabat Rasulullah SAW Saidina Umar al-Khattab mendatanginya untuk bertanyakan satu soalan.

“Ya, Rasulullah SAW, bolehkah saya bertanyakan sesuatu yang menjadi musykil kami?” Tanya Saidina Umar al-Khattab sambil dihampiri beberapa orang sahabatnya yang lain.

“Apakah yang kamu musykilkan itu? Beritahu kepada ku?” Rasulullah SAW meminta Saidina Umar al-Khattab memberitahu memandangkan para sahabatnya yang lain seolah-olah segan hendak bersuara.

“Saya berharap Rasulullah SAW tidak tersinggung dengan pertanyaan kami. Begini. Kami perasaan, sewaktu Rasulullah berpindah rukun sembahyang, kami dapat rasakan Rasulullah amat susah sekali seolah-olah Rasulullah menanggung sesuatu penderitaan yang amat berat sekali. Apakah Rasulullah sedang menahan satu penyakit, ya Rasulullah?” Tanya saidina Umar al-Khattab sementara para sahabatnya yang lain tekun mendengarnya.

Rasulullah SAW tersenyum memandang para sahabatnya. Bagaimanapun para sahabatnya berasa hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

“Aku tidak apa-apa. Aku sihat. Kamu lihatlah aku, apakah aku sedang sakit?” Tanya Rasulullah SAW seraya memandang wajah para sahabatnya.

Saidina Umar al-Khattab yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu bertanya lagi, “Tapi ya Rasulullah, setiap kali Rasulullah menggerakkan tubuh, kami seolah-olah terdengar sendi-sendi Rasulullah berbunyi. Kami percaya Rasulullah sedang sakit.”

Rasulullah SAW terdiam seketika. Baginda berasa serba salah apabila didesak untuk menceritakan pekara yang sebenar. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubah yang dipakainya ke atas sedikit.

Sebaik sahaja jubah dinaikkan, para sahabatnya terkejut apabila melihat perut Rasulullah SAW yang kempis. Baginda melilit dengan sehelai kain berisi batu-batu kerikil.

“Ya, Rasulullah, mengapakah Rasulullah melakukan sedemikian?” Tanya Saidina Umar yang tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Aku melakukan begitu untuk menahan rasa lapar. Mungkin batu-batu kerikil inilah yang berbunyi dan memusykilkan kamu semua,” balas Rasulullah SAW seraya menurunkan semula jubah yang menutupi perutnya.

“Ya Rasulullah. Adakah Rasulullah berasa malu apabila berasa lapar dan menganggap kami tidak akan berusaha untuk mendapatkan makanan untuk tuan?” Tanya Saidina Umar al-Khattab lagi.

Rasulullah SAW menjawab dengan lembut dan menyenangkan hati para sahabatnya, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, kamu tidak akan membiarkan aku kelaparan begini. Aku tahu kamu akan berbuat sesuatu untuk membantuku, tetapi apakah yang akan aku jawab nanti di hadapan Allah? Aku pemimpin, tidak selayaknya aku membebankan orang yang aku pimpin.”
Saidina Umar al-Khattab dan para sahabat menangis kerana sangat terharu dan simpati dengan pengakuan Rasulullah SAW itu serta tidak menyangka baginda sanggup berbuat demikian untuk memastikan umatnya tidak kelaparan sepertinya.

“Barulah kami faham mengapa tuan melakukan demikian. Sesungguhnya tidak ramai pemimpin berhati mulia seperti tuan. Kebanyakkan pemimpin mementingkan diri sendiri dahulu, kemudian barulah orang lain. Kami berasa amat kagum ya Rasulullah,” ujar Saidina Umar al-Khattab.

“Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah daripada Allah untukku. Apa yang aku harapkan tidak ada umatku yang kelaparan di dunia dan akhirat,” tegas Rasulullah SAW.

Sesungguhnya Muhammad itu persuruh Allah.

Sumber : Muhd Nasruddin Dasuki, 2010 , Aku Sanggup Duhai Muhammad .... , karangkraf

Khamis, 7 Oktober 2010

Keberkatan 8 Dirham ...

Pagi itu sebelum keluar rumah, Rasulullah SAW begitu asyik memerhatikan satu-satu bajunya yang tinggal. Pakaian itu sudah lama dan perlu diganti. Dia mengambil wang dari tempat simpanan, ternyata ada 8 dirham sahaja. Berbekalkan wang 8 dirham itu Rasulullah SAW menuju ke pasar untuk membeli kain yang baru. Bagaimanapun di pertengahan jalan, Rasullulah SAW bertemu dengan seorang wanita yang sedang menangis. Rasulullah SAW menghampiri dan bertanya, "Mengapa kamu menangis?".
"Saya telah kehilangan wang untuk membeli makanan bagi anak-anakku," balas wanita itu dengan wajah yang sedih.
"Ambillah 2 dirham wang ini dan belilah makanan untuk anak-anakmu," kata Rasulullah SAW sambil menghulurkan wang 2 dirham kepada wanita itu.
"Terima kasih tuan. Semoga Allah membalas budi baik tuan itu," kata wanita itu seraya menerima wang itu dan segera ke pasar.
Rasulullah SAW kemudian meneruskan perjalanan ke pasar. Di pasar, Rasulullah SAW memilih dan membeli pakaian yang berkenaan dihatinya. Rasulullah SAW membeli sepasang baju dengan harga 4 dirham.
Ketika di dalam perjalanan pulang, Rasulullah SAW bertemu pula dengan seorang tua yang tidak berpakaian. Apabila melihat Rasulullah SAW membawa pakaian baru, lelaki tua itu berkata, "Bolehkah tuan berikan pakaian itu untukku yang tidak berpakaian ini?"
Oleh kerana simpati, Rasulullah SAW segera menjawab, "Ambillah, tutupkan tubuhmu dengan pakaian ini." Rasulullah SAW segera memberikan pakaian itu kepada lelaki tua itu.
Berbekalkan baki wang 2 dirham, Rasulullah SAW kembali ke pasar untuk membeli pakaian lain yang dapat dibeli menggunakan baki wang tadi dan tidak sebaik pakaian sebelumnya. Setelah membeli pakaian seadanya, Rasulullah SAW kembali ke rumah.
Ketika dalam perjalanan pulang, Rasulullah bertemu sekali lagi dengan wanita yang kehilangan wang tadi di tempat yang lain pula. Rasulullah SAW menghampiri dan bertanya.
"Mengapakah kamu menangis lagi? Bukankah aku sudah memberikan kamu wang tadi untuk membeli makanan anak-anak mu?" ujar Rasulullah SAW.
"Ya tuan. Saya sudah membeli makanan untuk anak-anakku tetapi saya bimbang, majikan saya akan memarahi saya kerana datang lewat," beritahu wanita itu yang memegang bungkusan makanan.
"Kalau begitu, mari saya hantarkan kamu ke rumah majikan kamu. Saya akan jelaskan kepadanya mengapa kamu datang lambat," pujuk Rasulullah SAW lalu mengiringi wanita itu ke rumah majikannya.
Sesampai sahaja Rasulullah SAW ke rumah majikan wantia tersebut, Rasulullah SAW memberi salam tetapi tedak berjawab seolah-olah rumah itu tidak berpenghuni. Oleh kerana tidak berjawab dan beranggapan tuan rumah itu tidak mendengarnya, Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi.
"Assalamualikum warahmatullah," sapa Rasulullah SAW dengan suara yang nyaring. Ucapan salammya itu juga tidak dijawab kemudian Rasulullah memberikan salam ketiga dengan suara yang lebih nyaring.
Dengan pemberian salam yang ketiga inilah baru tuan rumah itu keluar dan menjawab salam rasulullah SAW.
"Maafkan kami ya Rasulullah kerana tidak menjawab pemberian salam Rasulullah tadi. Kami sebenarnya terlalu bahagia apabila mendengar suara Rasulullah dan kami ingin sangat mendengarnya berkali-kali. kami rasakan salam Rasulullah itu membawa berkah kepada kami dan kami tidak menyangka kedatangan Rasulullah ke mari." beritahu tuan rumah kepada majikan wanita yang dihantar pulang itu.
"Terima kasih. Begini, kedatanganku ini kerana menghantarkan pembantumu ini yang sudah terlambat. Dia menagis kerana takut akan dimarahi oleh tuan. Sekiranya dia harus menerima hukuman biarlah aku yang menanggungnya," ujar Rasulullah SAW kepada tuan rumah itu.
Mendengar ucapan Rasulullah itu, tuan rumah itu berasa kagum akan kemuliaan Rasulullah SAW. Dia memandang wajah Rasulullah SAW dengan rasa terharu.
"Ya Rasulullah. Aku telah memaafkannya malah kami sedia membebaskannya," ujar tuan rumah itu kepada Rasulullah SAW disambut dengan kegembiraan wanita tadi.
"Syukur Alhamdulillah ya Rasulullah, saya amat berterima kasih kepada tuan," kata wanita itu tadi lalu berjalan pulang ke rumah untuk memberikan makanan kepada ank-anaknya.
Kemudian Rasulullah SAW pulang ke rumahnya, Rasulullah SAW berasa puas kerana dapat membantu mereka yang memerlukan.
Baginda juga tidak menyangka dengan berkat wang 8 dirham itu, baginda dapat menggunakan dengan sebaik-baiknya dan yang lebih penting dapat membebaskan seorang wanita daripada majikkannya, membantu memberikan belanja makanan kepada anak wanita itu dan membantu orang yang tidak berpakaian.
Subhanallah ...
sumber : Muhd Nasruddin Dasuki, 2010, Aku Sanggup Duhai Muhammad ... , karangkraf

Sabtu, 2 Oktober 2010

Hebatnya Islam

Nama agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad tidak ada perkaitan dengan sebarang individu ataupun kelompok manusia. Hal ini berbeza dengan agama lain. Contohnya agama Kristian yang dinamakan bersempena dengan nama Jesus Christ, agama Budha bersempena dengan nama pengasasnya Gautama Budha, Confucianisme dinamakan bersempena nama Confucious dan Judaisme dinamakan berasaskan nama kelompok kaum Judah (Yahudi).
Islam berasal daripada perkataan Arab 'salima' yang bermaksud kesejahteraan. Kesejahteraan ini lahir kerana pada dasarnya agama Islam diturunkan sesuai dengan fitrah dan sifat semula jadi manusia. Kenyataan Allah di dalam Al Quran:

Hadapkanlah wajah kamu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah di atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu.
surah ar-Rum ayat 30
Ajaran Islam memang sesuai dengan fitrah manusia. Ia menggalakkan perkahwinan, mengizinkan manusia menikmati keseronokan dunia, menekankan aspek jiwa dan ketenangan diri, mementingkan keharmonian keluarga, mengizinkan hiburan yang tidak melekakan, menggalakkan kajian dan penyelidikan dan membicarakan berkenaaan akal, roh dan jasad. Tidakkah kesemua ini diperlukan oleh manusia? Konsep kesejahteraan yang dibawa Islam adalah berbentuk komprenhensif. Justeru Islam adalah agama yang diperlukan oleh manusia dan setiap insan yang mempunyai persiapan menerima Islam sebagai agamanya demi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat.
sumber : Dr. Danial Zainal Abidin, 2008, Minda Muslim Super.PTS Millenia.

Jumaat, 1 Oktober 2010

islam itu sistematik

jika kita lihat bumi itu berputar pada paksinya ... akan wujudlah kejadian siang dan malam ...

jika kita lihat bulan itu berputar dan mengelilingi bumi ... akan terjadilah kejadian pasang dan surut air di seluruh permukaan bumi dan kejadian bentuk2 bulan ... (ada la takwim bulan ramadhan dan hari raya) ...

jika kita lihat bumi berputar dan tak jemu mengelilingi matahari pada orbitnya ... terjadilah kiraan tahun masihi ... 365 1/4 hari = 1 putaran lengkap mengelilingi matahari... begitu juga penentuan musim bagi sesetengah tempat di bumi ini ... musim sejuk, bunga, panas dan luruh .

cuba kita perhatikan di luar sistem solar ... galaksi yang berputar ibarat rim motosikal ... dan kita lihat semasa ibadat haji ... MasyaAllah ... ianya sama seperti sekalian manusia yang tawaf di Kaabah di Tanah Haram semasa ibadat Haji dijalankan ...

Inilah buktinya Islam itu wujud ... kini kita boleh melihatnya dengan jelas perkaitannya ... segala ibadat itu membuktikan kita begitu kecil di sisi Allah, begitu juga zarah-zarah yang terapung di Bima Sakti ini (galaksi) ... dan apa yang kita lakukan kerana Allah sudah pasti ada hikmah yang kita boleh saksikan perkaitannya dan persamaannya dengan alam ini ...

Galaksi

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar ...

Cuba anda bayangkan sekiranya manusia tidak mengikut landasan yang betul ibarat galaksi tidak bergerak pada paksinya ... Apa akan jadi kepada kehidupan di dunia ini?


Letupan Supernova

Isnin, 27 September 2010

Mulianya keperibadian Rasulullah SAW

“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia.” Kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu lalang.

Orang yang lalu lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikan langsung pengemis buta Yahudi itu.

Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Jika dibayangkan keadaannya yang mengemis dan buta boleh berkelakuan menghina Rasulullah SAW sedemikian rupa, apatah lagi jika dia insan yang sempurna, kemungkinan perkara lebih teruk akan terjadi ketika itu.

Seperti biasa juga Rasulullah SAW akan ke pasar Madinah untuk mendapatkan keperluan harian di sana. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu dan menyuapkan makanan ke mulut pengemis tersebut dengan lembut bersopan tanpa berkata apa-apa.

Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan makanan kepadanya. Pengemis itu juga amat berselera makan apabila ada orang yang baik hati member dan menyuapkan makanan ke mulutnya.

Perbuatan menyuapkan makanan kepada pengemis buta Yahudi ini dilakukan setiap hari sehinggalah baginda wafat. Semenjak kemangkatan baginda, tiada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan kemulut pengemis itu setiap pagi.

Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar RA melawat ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rauslullah SAW. Perbualan diantara anak dan ayah ketika itu menyentuh perihal semasa hayat Rasulullah SAW.

“Wahai anakku Aisyah. Apakah pekara yang Muhammad lakukan semasa hayatnya yang belum ayah ketahui sehingga kini?” Tanya Saidina Abu Bakar sebaiknya duduk di dalam rumah Aisyah.
“Ayahanda ku. Boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan semasa hayatnya telah semuanya dilakukan oleh Ayahanda kecuali satu”, kata Aisyah sambil duduk melayan Saidina Abu Bakar RA menghadap hidangan yang disediakan olehnya.

“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”

“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk disuapkan kepada seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan tersebut ke mulutnya. Sejak pemergian Muhammad, sudah tentu tidak ada sesiapa yang akan menyuapkan makanan kepada pengemis itu lagi”, beritahu Aisyah kepada ayahandanya seoalah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.

“Kalau begitu, ayahanda akan menyambung kerja seperti yang dilakukan oleh Muhammad setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” ujar Saidina Abu Bakar RA kepada anaknya Siti Aisyah.

Keesokkan harinya, Saidina Abu Bakar RA membawa makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW berikan kepada pengemis buta itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya Saidina Abu Bakar RA bertemu juga dengan pengemis buta itu. Pengemis buta itu masih juga sama tidak henti-henti menghina Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu agar kata-katanya yang menghina Rasulullah tidak terkeluar dan menambah luka pilu Saidina Abu Bakar mengenangkan pemergian Rasulullah SAW. Pengemis buta itu juga sentiasa meluahkan kegembiraannya apabila dia mendapat tahu Rasulullah SAW telah wafat.

“Hei … Siapakah kamu? Berani kamu menyuapiku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu bakar RA. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar RA itu.

“Akulah orang yang selalu menyuapimu setiap pagi”, kata Saidina Abu Bakar RA sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.

“Bukan…!!! Kamu bukan orang yang selalu menyuapiku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menhaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini terasa sangat susah untuk aku menelannya,” balas pengemis buta itu sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar RA yang masih memegang makanan itu.

“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapimu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya”, beritahu Saidina Abu Bakar RA sambil mengesat air matanya yang sedih melihat perubahan pengemis buta itu dan mengetahui sifat sabar dan pemaaf Rasulullah SAW.

“Tetapi kemanakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, Tanya pengemis buta itu.

“Dia ialah Muhammad Rasulullah yang ko hina selama ini. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar RA dengan harapan pengemis buta itu berpuas hati.

“Dia Muhammad rasulullah?” kata pengemis buta itu dengan suara terkedu.

“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar RA. Tidak semena-mena pengemis buta itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.

“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?” Pengemis buta itu mengulangi lagi pertanyaanya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarinya.

“Ya benar,” ujar Saidina Abu Bakar RA sekali lagi mengiyakan perihal itu.

“Selama ini aku menghina, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuapkan makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat aku memohon ampun kepadanya"' ujar pengemis buta itu sambil menangis teresak-esak.
"Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah meninggalkan kita", beritahu Saidina Abu Bakar RA sambil menepuk bahu pengemis buta itu.
"Kalu begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah", ujar pengemis buta itu.
Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam dihadapan Saidina Abu bakar RA. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis buta itu untuk mengaku ke-Esaan Allah SWT.
sumber : Muhd Nasruddin Dasuki, 2010, Aku Sanggup Duhai Muhammad ...., karangkraf PUB.
Bab 5 hlmn 18 - 21

Sabtu, 18 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

KEGELAPAN PAGI DITERANGI MENTARI,
ANGIN MULA MEMBISIK SANUBARI,
JERNIHKAN KHILAF DI AIDILFITRI,
AGAR HARMONI KEHIDUPAN HAKIKI.

SAYA EDITOR BLOG INI DAN SELURUH KELUARGA SAYA
MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN ATAS SEGALA KHILAF

Rabu, 8 September 2010

HUKUM SOLAT JUMAAT PADA HARI RAYA

DIMASUKKAN OLEH IBN NAFIS

Jawapan dari Ustaz Ghoni :

Dalam Mazhab Syafi`e solat jumaat kekal wajib apabila jatuh hariraya pada hari jumaat dan solat hariraya hukumnya adalah sunat bukan wajib.

Ulama mengatakan hadis-hadis yang dikemukakan adalah sahih namun hadis itu ditujukan kepada bukan penduduk Madinah.

Kebenaran dari Rasulullah meninggalkan solat jumaat bagi orang yang telah menunaikan solat hariraya ditujukan khas kepada penduduk al `awaali iaitu penduduk kampung-kampung diluar Madinah yang sememangnya mereka tidak wajib solat jumaat.

Dalam Mazhab Syafi`e musafir yang tidak wajib solat jumaat tidak disyaratkan musafir jauh.

Perkara ini boleh kita fahami daripada kata-kat Tabi`ien dibawah :


قَالَ أَبُو عُبَيْدٍثُمَّ شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ فَكَانَ ذَلِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَصَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ ثُمَّ خَطَبَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ هَذَا يَوْمٌ قَدْ اجْتَمَعَ لَكُمْ فِيهِ عِيدَانِ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْتَظِرَ الْجُمُعَةَ مِنْ أَهْلِ الْعَوَالِي فَلْيَنْتَظِرْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَرْجِعَ فَقَدْ أَذِنْتُ لَهُ


Telah berkata Abu `Ubaid (Tabi`ie ) Kemudian aku berhariraya bersama Uthmaan bin `Affaan (khalifah ke 3) adalah hari itu hari jumaat, lantas beliau solat (hariraya) sebelum khutbah kemudian beliau berkhutbah maka antara kata-katanya :

"Wahai manusia sesungguhnya hari ini telah berhimpun untuk kamu 2 hariraya maka sesiapa yang mahu menunggu (solat) jumaat dari kalangan penduduk al `awaali (kampung-kampung di luar Madinah) hendaklah ia menunggu. Sesiapa yang suka kembali (kekampung dan tidak solat jumaat) maka sesungguhnya aku izinkan untuknya." (petikan dari Sohih Bukhori)

Ada hadis seperti ini, dimana ulama mengatakan kata-kata Nabi itu untuk penduduk kampung-kampung terpencil yang mana mereka memang tidak wajib solat jumaat pun. Sebaliknya orang yang wajib solat jumaat, mereka tetap wajib solat jumaat sekalipun hari itu adalah hari raya.

Penerangan mengenai perbezaan pendapat mazhab oleh Ustaz Muhammad Fuad: Sedikit penambahan dari saya...oleh kerana melihat pekembangan ilmu Fiqh yang begitu meluas sekarang di Malaysia, terutama pandangan-pandangan dari mazhab Hambali sudah diketengahkan di sini, maka sudah pastinya saya perlu meraikan pandangan-pandangan tersebut. OLeh itu saya kira tiada masalah juga masyarakat awam yang ingin berpegang dengan mana-mana pandangan tersebut dengan syarat berdasarkan Ilmu yang dipelajari, samada pandangan pertama tidak menggugurkan kewajipan solat Jumaat atau pandangan kedua yang tidak mewajibkan solat Jumaat.

Bagaimanapun disini ada beberapa kiteria yang saya rasa tidak boleh diabaikan :

1 ) Pertama : tidak bertujuan meremeh-remehkan hukum hakam Syariah, mengambil sesuatu pandangan kerana mengikut hawa nafsu dan menjadikan Khilaf Fiqh sebagai helah/alasan untuk memilih pandangan-pandangan yang termudah sahaja. Sebagai mana Al-Alamaah Al-Tarizi dalam bab Hukum Ruksah menyatakan :

“ maka sesuatu helah ( sebagai alasan ) dan mengambil pandangan yang termudah yang dilakukan hanyalah menyebabkan kehancuran ( Aslu Syar’ie ) dasar/paksi Syariat, ataupun juga menghapuskan Masalah Syar’ieyah ( kemaslahatan Syariah ) ”.

Imam Syatibi juga menyebut dalam Al-Muafawaqat "

Apabila seorang mukallaf menjadikan setiap permasalahan dengan bertujuan baginya mengambil pandangan yang termudah sahaja dalam sesuatu mazhab, dan setiap pandangan termudah tersebut memenuhi hawa nafsunya, maka sesungguhnya yang demikian itu mencabut Riqbatul Taqwa ( pemeliharaan taqwa dalam dirinya )".

Nasihat daripada Imam Ibnu Taimiyah dalam Iqamatul Hujah :

tidak harus menyandarkan helah ini kepada mana –mana imam. Dan sesiapa yang yang menyandarkan kepada salah seorang daripada mereka maka dia adalah jahil dengan dasar-dasar Imam Mujtahid tersebut, dan kedudukan mereka dalam Islam.

( Rujukan : Rukhsah Syar’ieyah, Dr Umar Abdullah Kamil )

2 ) Kedua : memilih pandangan Jumhur ( majoriti ) Fuqaha’ dalam sesuatu permasalahan, sebagaimana Syeikh Al-Qardhawi dan ramai lagi menyarankan supaya memilih Ijtihad Al-Jamaa’i ( Ijtihad majoriti ) kerana ia lebih selamat daripada Ijtihad Al-fardi ( ijtihad individu ), walupun begitu tidak boleh mengatakan ijtihad individu tadi adalah salah kerana adakala pandangan mujtahid tersebut lebih benar & tepat menurut ijtihadnya.

3) Ketiga : apabila berlaku perselisihan fiqh yang bersandarkan kepada dalil-dalilnya, maka lebih utama menggunakan qaedah Mura’atul Khilaf & keluar daripada khilaf adalah digalakkan. Caranya apabila bertembung dua pandangan dalam permasalahan Fiqh, maka digalakkan memilih pandangan yang lebih berat. Bab ini telah diperincikan oleh Imam izuddin Ibnu salam dalam Qawaid Ahkam bagaimana peraikan khilaf menurut kaedah gabungan antara mazhab Maliki & Syafi'e.

4 ) Keempat : Pengunaan dan pengamalan ilmu fiqh dalam ruang lingkup Syariah mestilah bersesuaian dengan kehendak semasa dan suasanan ( fiqh waqi’) seterusnya, bertepatan dengan Maqasid syariah ( objektif syariah ), maslahah dunia dan akhirat, dan kaedah-kaedah yang lain. Apabila membicara tentang hukum hakam dalam lapangan Syariah, maka tiga unsur ini tidak dapat dipisahkan dalam pengamalan dan perlaksanaan ilmu fiqh tersebut.

Antara aspek terpenting yang bersangkut paut dalam perlaksanaan hukum hakam syariah ini adalah Maqasid syariah itu sendiri, iaitu tujuan sebenar pensyariatan yang berasaskan pentaklifan ( tanggungjawab ) setiap mukallaf. Ia selari dengan Konsep maqasid syariah yang tiga ini ( daruriyah, Hajjiyah dan Tahsiniah ) tujuannya untuk memelihara 5 asas penting ( iaitu agama, aqal, jiwa, keturunan, dan harta )

Manakala menurut objektif untuk agama ini,setiap individu mukallaf perlu melaksanakan tanggungjawab pensyariatan tersebut dengan sebaik-baiknya. Ini Kerana objektif syariah bukannya menjadi sesorang mukallaf itu pemalas ( kerana wujudnya perselisihan fiqh yan membolehkan dia mengambil pendapat mana-mana yang mudah). Akan tetapi objektif syariah ini mengaplikasikan perselisihan dalam ilmu fiqh sebagai suatu kemudahan kepada mukalaf apabila wujudnya perselisihan pandangan tersebut menurut situasi dan keadaan.

Sebagaimana Dr Abdul Majid najjar (phd Aqidah & falsafah Universiti al-azhar ) menjelaskan dalam kitab beliau hal maqasid syariah :

“ia sebagai suatu elemen yang amat terpenting dalam asasiah ilmu-ilmu fiqhiyah. Dengan berpandukan objektif dan matlamat ini, ia menzahirkan hukum hakam syariah bertepatan dengan waqi’ ( reality ) sesuatu pemasalahan. Dan mewujudkan kemaslahatan dalam kehidupan manusia bagi mempraktikkan hukum hakam syariah”.

Beliau membawa penjelasan daripada Imam Syatibi yang menyatakan perlunya seseorang faqih itu memahami situasi semasa dalam suatu permasalahan dan memerhati dengan mendalam keadaan mukallaf tersebut agar dapat membawa kepada kemaslahatan dan menolak berlakunya kefasadan.Apabila menyentuh tentang maqasid Syariah ini, saya tertarik dengan jawapan saudara di atas…kerana Objektif Syariah ini berkait dengan Fiqh nawazil..melihat permasalahan berbeza situsasi, keadaan dan masa berubah dari zaman ke zaman .

Jika diukur dalam pemerhatian Syariah, pandangan-pandangan yang berbeza ini adalah benar kedua-duanya ( pandangan yang menggugurkan solat jumaat dan tidak menggugurkan solat Jumaat ) namum apabila dilihat pada konteks tujuan & matlamat Syariah ini, pentaklifan dalam perlaksanaan hukum hakam tersebut masih lagi terikat apabila ia bersesuaian dengan kemampuan seseorang individu mukallaf tersebut. Ia berbeza bagi mereka yang tidak berkemampuan. Malah ia selari dengan tujuan Syariah mempraktikkan hukum tersebut sebagai mempertingkatkan ketaqwaan bukan mengabaikan sesuatu pensyariatan kerana berhelahkan suatu kemudahan.

Sebagai kesimpulannya, saya meraikan pandangan-pandangan yang berbeza ini yang menyatakan solat jumaat tidak perlu dilakukan..tetapi pada masa yang sama saudara juga perlu melihat kiteria di atas agar kita tidak menjadikan permasalahan khilaf ini sebagai lesen " cari malas " sehingga pentaklifan Syariah ini terabai kerana kemalasan kita bukan berada di sutasi yang sebenarnya, bagaimana & cara untuk mempraktikkan & meraikan Fiqh Iktilaf di kalangan mazhab fiqh yang lain.

Bagi saya pula, bukanlah susah sangat menghadiri solat jumaat tersebut, paling kurang satu jam sahaja..tidak menyebabkan lumpuh akibat bersila terlalu lama kesan darah tidak mengalir di hujung-hujung jari.

Dan bukan terlalu susah pada zaman serba moden sekarang, start enjin kenderaan dalam masa 10minit sudah sampai ke masjid, berbanding di zaman lampau berjalan kaki berbatu-batu jauhnya sudah pasti menyukarkan berulang alik dari rumah ke masjid. Begitu juga bagi mereka yang tinggal berjauhan, dan juga bagi mereka yang sibuk menyembelih dan menguruskan haiwan korban apabila sudah menyempurnakan solat hari raya dan pelbagai lagi urusan penting unutk kemaslahatan umum. Mungkin di situ ada keperluan dan sebabnya.

Tetapi bagi mereka yang meninggalkan solat jumaat kerana hendak keinginan tidur, kerana kesibukan seharian berhari raya, kerana letih bersembang , kerana sibuk berjuadah kuih muih, kerana sibuk membawa teman wanita bersiar-siar dihari raya dan pelbagai-bagai lagi kesibukan kita adakah sama situasi di atas..? sehinggakan kita mengabaikan perkara yang lebih keutamaan daripada yang bukan utama. Maslahah dunia & akhirat lebih penting daripada kepentingan peribadi.

Walaubagaimanapun kewajipan mendirikan solat zohor bagi golongan yang kedua ini tetap tidak digugurkan hukumnya secara Ijma'.Sekian Wallahu’lamBacaan Tambahan : Hukum Solat Jumaat Pada Hari Raya - Pusat Fatwa United Arab Emirates

Selasa, 7 September 2010

Lailatul Qadar

Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadar, ayat 3)

Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari)

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari)

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim)

"Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ucapkanah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi)

Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas.

Khamis, 2 September 2010

Ali Imran : 160

Jika Allah menolong kamu, maka tiada orang yang dapat mengalahkan kamu. Jika Allah membiarkan kamu (tidak memberikan pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu ... ?

Ahad, 22 Ogos 2010

Semoga kita boleh menjadi manusia yang paling jahat peringkat dunia dan akhirat ...

Ketika kita melawan cakap guru = belum lagi dikatakan jahat. (jahat tahap peringkat sekolah boleh la).
Ketika kita melawan cakap ketua kampung = pun belum jahat lagi. (baru peringkat kampung).
Ketika melawan cakap ibubapa = ni kurang ajar namanya bukan jahat lagi ni.
Ketika kita melawan n bertumbuk dengan gengster = boleh kata jahat ke ni.
(Kemudian Kepala gengster datang menyelamatkan anak buahnya ... )
Ketika membelasah n menikam medula oblongata ketua gengster dengan menggunakan parang = boleh ambil tampuk pemerintahan dia (belum lagi jahat). Baru dapat bunuh 1 orang n boleh la jadi ketua penjahat ...
Tapi ada lagi ketua paling jahat di dunia yang telah bunuh jutaan orang = contohnya G.Bush. Pol Pot, Hitler n bnyk lagi ... mcm mna la boleh kita jadi lebih jahat dari dorg ni. Lagipun golongan sebegini tidak la sejahat tahap galaksi lagi kerana mereka masih dibawah pengaruh bisikan "Presiden Segala Kejahatan".
Ini petuanya, Kita kena lawan "Presiden Segala Kejahatan" yang sudah lama ada dalam diri kita masing2.
Ketika berjihad menentang godaan "Presiden Segala Kejahatan" (syaitan, iblis n nafsu) = ni bru la dikatakan paling jahat tahap dunia, cakerawala dan akhirat. Sampai cakap Presiden Segala Kejahatan pun tidak mahu diikuti.

InsyAllah boleh kita lakukan bermula pada bulan Ramadhan ini dan diikuti pada hari-hari berikutnya. Terapkan lah petua2 ini agar menjadi pengisian dalam nasihat anda kepada murid2 yang ingin menjadi jahat. Mungkin ianya akan berkesan.

Rabu, 4 Ogos 2010

Sabar je la ... pasti ada sinar yang tidak mungkin sirna ...

"Sesungguhnya Tuhan memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak dapat dihitung"
Az-Zumar, 10
Sebagai hambaNya, wajib untuk mengetahui bahawa dunia ini adalah tempat ujian dan tribulasi semata-mata. Syurga juga la tempat untuk bermewah-mewah dengan Maha ganjaraNya secara hakiki. Maka, kesabaran yang disusuli dengan usaha jugalah antara kunci kepada kemewahan itu.
Adalah pasti, ujian dan tribulasi itu mempunyai pelbagai bentuk antaranya ketakutan, kelaparan dan kehilangan. sepertimana yang ada pada surah al-Baqarah ayat 155, "Sesungguhnya Kami pasti mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar".
Dan ingatlah bahawa ujian yang menimpa ini tidak akan berterusan selama-lamanya. Ia hanya satu proses untuk mendidik dan membawa diri kepada penemuan yang baru yang sememangnya perlu untuk diri berada pada tahap kematangan yang sewajarnya sebelum memperoleh kemuncak kepada kemenangan.
Sekarang dunia semakin berwarna-warni. Dari 12 warna yang kita kenal dalam kotak warna biasa sehingga warna2 yang kita tidak ketahui warnanya. Begini la metafora yang sesuai bagi dunia pada pandangan mata kita pada masa kini. Begitu jugalah dengan perangai murid-murid kita pada masa kini. Terlalu banyak drama. Dulu kita menghormati guru sepertimana kita menghormati ibu dan bapa kita sendiri. Kini, ada segelintir murid menganggap mereka lebih berkuasa sepertimana yang ditunjukkan dalam sebuah video klip. Dimarahi sedikit untuk tujuan mendidik dikata pula mencerca dan ada yang sanggup memukul guru apabila sudah hilang kawalan. Pada pandangan mata kasar awam sekeliling kita Guru tidak tahu cara untuk mendidik. Mungkin sabar dan usaha merupakan kuncinya di sini.
Kata-kata ini ada baiknya jika direnungkan. "Itu silap Guru". Kita selaku warga pendidik perlu tahu dimana formula agar pekara ini tidak berulang lagi. Kemungkinan murid-murid seperti ini mahu mencari orang yang boleh didekati. Maka kita la orang yang layak dan perlu merelakan untuk mendekati mereka tanpa perlu bayaran dan surcaj. Dengan kata lain, guru bukan golongan yang perlu didekati oleh murid. Kita merupakan golongan kedua selepas keluarga mereka. Pada masa kini sememangnya sukar untuk kita membentuk keperibadian masyarakat yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kita. Apatah lagi untuk membentuk keperibadian golongan yang bukan darah daging kita ini dalam masa sehari dua. Seperti mana pokok yang ditanam perlu dijaga setiap hari. Kisah hidup kita bukannya dongeng, hari ini kita tanam benih, esok akan tumbuh sebatang pokok yang memuncak ke langit.
Kesabaran dengan usaha berterusan jugalah akan dapat memastikan pokok yang kita tanam berbuah dengan elok. Karya Allahyarham Dato' Dr. Usman Awang yang bertajuk Guru Oh Guru banyak menceritakan segala-galanya. Ianya perlu diterjemah dengan bijak oleh seseorang guru itu. Lihat lah kandungan ini.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
I
I
Bagaimana pula,
I
Jika hari ini seorang Perompak menceroboh bank,
Jika hari ini seorang Pelacur di lorong-lorong gelap,
Jika hari ini Mat Rempit berpeleseran di tengah jalan,
Jika hari ini peragut mencari mangsa,
Jika hari ini pembunuh membunuh keluarganya,
Sejarahnya juga bermula dari seorang guru,
Dengan kasar dan rakusnya tidak menegukkan ilmu adab,
secukupnya kepada anak didiknya yang dahagakan ilmu,
suatu ketika dahulu.
Mungkin inilah musibah yang perlu kita tanggung selaku seorang Guru. Kita perlu memandang kearah yang lebih positif dalam menangani semua karenah anak didik kita. Penyelesaian masalah mereka dengan kesungguhan dan cara yang betul akan menjadi bekalan kita untuk dihitung di Padang Mahsyar kelak.
I
I
I
"Apabila aku mendapat ujian duniawi, aku bersyukur kerana terdapat padanya empat nikmat. Pertama, ujian ini tidak berkaitan dengan agama. Kedua, ia tidak begitu besar berbanding ujian agama. Ketiga, aku akan mendapat keredhaanya dengan ujian itu dan keempat aku mengharapkan pahala daripadanya."
Omar bin al-Khattab

Khamis, 29 Julai 2010

mmg itu sudah tugas pendidik ...

Guru : M..! Ikut Cikgu eja .... A E I O U ... (Guru mengeja sebiji-sebiji murid mengikut)
Murid : A E I O U.
Guru : Bagus M..! Cuba kamu eja (sambil huruf itu satu-persatu ditunjuk oleh guru menggunakan pen merahnya).
Murid : A ... em ... em ... Y ... (Suara M terhenti di huruf 'E')
Guru : Bukan 'Y' ... M..! 'E' ... Sebut betul2 M ... 'E'.
Murid : E ... Cikgu ...
Guru : Bagus ...

Sekali lagi Guru menujuk huruf vokal tersebut satu-persatu sambil di ulang sebutannya dan si 'M' mengikutinya.

Guru : A...A...A... E...E...E... I...I...I... O...O...O U...U...U.
Murid : A E I O U.
Guru : Bagus M...! Kamu mmg hebat. (dengan penuh harapan M dapat menguasainya)

Guru menujuk huruf-huruf tersebut dan si M membunyikannya.

Murid : A ... A ... A (guru menunjukkan huruf tersebut 3 kali berulang).
Guru : Bagus M...! sambil menggerakkan pennya ke huruf berikutnya. Ini huruf apa M? (Guru menjatuhkan hujung pen merahnya di huruf 'E').
Murid : Em... Em... Y... Y ... Y ...

Guru : Terus menggerakan pennya ke huruf 'I' ...
Murid : Y ... Y ... Y ...

Pada huruf 'O' guru itu menunjukkan senyuman tidak terhingga apabila M mampu mengingatinya dan membunyikan huruf tersebut dengan ...

Murid : O..O..O..
Guru : Alhamdulillah ... Semoga M mampu membaca pada suatu hari nanti walaupun kini dia berada pada Tahun 4 dan tidak mengerti apa itu Islam seperti juga Ayahnya..


"Janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum menghalang kamu dari berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa"
Al-Maidah, 8.

Selasa, 27 Julai 2010

mungkin begini la kejadiannya ...

Assalammualaikum ...

Sememangnya lumrah setiap kejadian itu ada hikmahnya. Apa yang menarik kita cuma perlu tunggu dan bersedia untuk menghadapinya. Suka duka akan terbentuk selepas kejadian itu berlaku. Persediaan itu, memungkinkan kita menhadapi segala bakal kejadian. Tanpa persediaan, ibarat kita tidak dapat menulis ayat keramat 'objektif tercapai' pada ruang refleksi P&P kita. Persediaan sedia ada membuat kita akan puas dengan apa yang kita lakukan walaupun ia tidak seperti yang dirancangkan. Tapi tidak la seperti kita menanam benih cili dan akan tumbuh pula anggur pada setiap kelopak tunas yang ada. Ibarat angan yang melampaui batas kemampuan kudrat sendiri. Teringat slogan rakan2 dlu yang berkata 'agak2 la ko rayang'.

Ramadhan kian hampir dan adalah baik untukku menyusun sekali lagi jari-jemari ku memohon kemaafan kepada kamu semua agar dimaafkan segala salah dan silapku. Lawak yang tidak menjadi dan menjengkelkan apabila dihuraikan dari pandangan mata kalian. Jari ini juga mewakili hati memohon agar dihalalkan segala yang termakan dan terminum yang kini menjadi sebahagian dari diri ini.

Akhir sekali , awal Ramadhan ini membuatkan ku berfikir Bagaimanakah Ramadhan bagi Gaza si bumi Al-Aqsa? Doa kalian akan menguatkan lagi fisabilillah penghuni Gaza. Insyallah... Semoga Gaza dapat menangkis segala perbuatan terkutuk musuhnya Israel.


"Sesiapa yang bertawakal kepada Tuhan maka Tuhan mencukupkan keperluannya"
At-Talaq, 3.
Subhanallah...